Senin, 06 Desember 2010

Membayar solat yang luput (qadha)

Dari Abu Qatadah r.a., katanya :
"Rasulullah SAW berpidato di hadapan kami. Antara lain baginda bersabda: "Kamu akan berjalan sejak petang dan sepanjang malam. Insya Allah baru akan bertemu air besok."

Pasukan terus berjalan tanpa menoleh satu sama lain." Kata Abu Qatadah, "Ketika hari sudah larut malam, aku berada di samping baginda- Rasulullah SAW mengantuk sehingga duduknya di atas kenderaan jadi miring. Aku mendekati baginda dan menopang baginda tanpa membangunkannya, sehingga duduk baginda di atas kenderaan lurus kembali. Kemudian baginda miring pula kembali, lalu ku luruskan pula.
Demikianlah ku lakukan sepanjang jalan pada malam itu, sehingga akhirnya ketika waktu sahur tiba, baginda sangat miring dari sebelumnya dan hampir jatuh. Aku mendekati baginda dan menopangnya."

Baginda terbangun dan mengangkat kepalanya seraya berkata, "Siapa ini!"

Jawabku "Abu Qatadah!"

Tanya baginda, "Sejak bila engkau berjalan seperti ini disampingku?"

Jawabku, "Sudah sejak sepanjang malam."

Kata baginda, "Semoga Allah selalu menjagamu kerana kamu menjaga nabi-Nya. Apakah kita telah ketinggalan? Masih adakah orang sekitar kita?"

Jawabku, "Ini ada beberapa orang pegendara." Ternyata kami semua ada tujuh orang.

Tiba-tiba Rasulullah SAW menyimpang dari jalan, lalu merebahkan diri seraya bersabda : "Jaga waktu solat!"

Yang mula-mula terbangun ialah Rasulullah SAW iaitu ketika sinar matahari telah mengenai punggungnya. Kami pun bangun dengan terkejut.

Baginda bersabda : "Mari berangkat!"

Kami berangkat dan terus berjalan. Ketika matahari telah agak meninggi, baginda berhenti dan meminta air yang ku bawa untuk berwuduk, baginda berwuduk tidak seperti biasanya, tetapi agak ringan, namun melengkapi semua anggota wuduk. Setelah baginda berwuduk, air masih bersisa di ember sedikit.

Sabda baginda : "Simpan air ini baik-baik, nanti akan ada gunanya bagi kita."

Kemudian Bilal azan. Sesudah itu Rasulullah SAW solat dua rakaat (sunat fajar), Kemudian solat Subuh seperti yang biasa dilakukan baginda setiap hari.

Kata Abu Qatadah, "Sesudah solat, Rasulullah SAW mengendarai kenderaannya. Kami meneruskan perjalanan sambil berbisik-bisik sama lain, apakah kiranya tebusan perbuatan kita kerana kita telah mensia-siakan solat?"

Sabda Rasulullah SAW : "Bukankah peristiwa itu suatu contoh bagimu? Ketahuilah bahawa kerana ketiduran tidak bererti mensia-siakan solat. Yang termasuk mensia-siakan solat ialah orang yang tidak solat sehingga datang waktu solat yang berikutnya. Sedangkan orang yang tidur hendaklah dia solat bila dia terbangun. Selanjutnya, hendaklah dia solat tepat pada waktunya."

Kemudian baginda bertanya, "Bagaimana pendapat kamu tentang orang-orang yang telah dahulu dari kita? Mereka berjalan lebih dahulu tanpa Nabi mereka. Abu Bakar dan 'Umar menduga bahawa kita berada di belakang mereka. Tetapi yang lain-lain berkata, baginda telah dahulu. Kalaulah mereka mengikuti Abu Bakar dan 'Umar, tentulah mereka benar."

Kata Abu Qatadah, "Kami dapat menyusul mereka ketika hari telah tinggi dan panas telah terik."

Kata mereka, "Ya, Rasulullah! celaka kami. Kami kehausan!"

Jawab Rasululullah SAW : "Tidak! Kalian tidak akan celaka." Kemudian baginda meminta gelas dan bijana wuduknya yang berisi sisa air wuduk baginda tadi, lalu baginda tuangkan ke dalam gelas. Sedangkan Abu Qatadah membahagi-bahagikan kepada mereka. Kerana air yang tersedia dalam bijana hanya sedikit. Mereka berebut-rebut.

Maka bersabda Rasululullah SAW : "Jangan berebut! Setiap kamu akan dapat minum sepuas-puasnya."

Mereka patuh akan perintah Nabi SAW tersebut. Baginda terus menuangkan air ke gelas sedangkan aku membahagi-bahagikannya kepada mereka sehingga akhirnya tidak ada lagi yang ketinggalan selain aku dan Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW menuangkannya pula dan berkata kepadaku, "Sekarang silakan kamu yang minum."

Jawab ku, "Aku tidak akan minum sebelum Rasulullah SAW minum."

Sabda baginda : "Si pemberi minum orang ramai harusnya minum penghabisan kali." Kerana itu aku minum lebih dahulu dan sesudah itu barulah Rasulullah SAW. Dengan sisa air wuduk yang sedikit itu, seluruh pasukan jadi segar dan puas."

( Abu Qatadah r.a. ) 

Artikel Terkait



0 komentar:

Posting Komentar

FIRMAN GUNS. Diberdayakan oleh Blogger.